GAZA/BAITULMAKDIS: Selepas lebih enam minggu berperang, pemerintah Israel dan Hamas akhirnya bersetuju pada Rabu untuk melaksanakan gencatan senjata singkat di Gaza bagi membolehkan pembebasan 50 tebusan yang ditahan Hamas semasa serangannya ke atas Israel bulan lalu.
Keputusan perjanjian itu, yang pertama kali diumumkan oleh pejabat Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu dalam mesej WhatsApp, termasuk gencatan sementara sekurang-kurangnya empat hari...





