Gelombang banjir di Terengganu dan Kelantan semakin memburuk dengan peningkatan mendadak jumlah mangsa kepada 5,071 orang setakat 1 tengah hari pada Rabu.
Portal Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan, pada hari ketiga banjir di Terengganu, jumlah mangsa bertambah kepada 4,623 mangsa melibatkan 1,240 keluarga yang kini dipindahkan ke 32 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah terjejas.





