KUALA LUMPUR: E-mel mengandungi maklumat palsu tentang bom yang mengganggu kelas di 19 sekolah di serata Malaysia dipercayai dihantar ke 70 sekolah di Jamaica awal November ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
Tan Sri Razarudin berkata siasatan terhadap kandungan e-mel itu mendedahkan bahawa ia pada asalnya ditulis dalam bahasa Inggeris dan kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia.





