Meskipun memaparkan prestasi lebih ‘mengaum’ di Stadium Negara pada Selasa, pasukan Singa hanya mampu menggigit jari selepas tewas 1-3 menentang Thailand dalam aksi kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 mereka.
Penyerang Suphanat Mueanta menjadi wira pasukan Thailand apabila dua golnya dalam babak kedua memberikan pasukan di tangga ke-112 dunia itu kemenangan sulung mereka bagi kempen kelayakan kali ini.





