Pasukan Singa harus bermain sebagai sebuah pasukan – ketika bertahan mahupun menyerang – jika ingin meraih sebarang mata apabila berdepan Thailand di Stadium Negara pada Selasa, kata ketua jurulatih Singapura, Takayuki Nishigaya.
Warga Jepun itu menggesa anak didiknya supaya memanfaatkan semangat penyokong di laman sendiri sedang Singapura memburu mata pertamanya dalam kempen pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 kali ini.





