BEIJING: Menteri-menteri negara Arab dan Islam pada Isnin menggesa gencatan senjata segera di Gaza, ketika mereka melawat Beijing pada pusingan pertama lawatan untuk mendesak penamatan permusuhan dan membenarkan bantuan kemanusiaan masuk ke wilayah itu.
Delegasi itu, yang dijadualkan bertemu pegawai yang mewakili anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), juga meningkatkan tekanan ke atas Barat supaya menolak justifikasi Israel...





