Sekitar dua dekad lalu, Ustaz Muhammad Fazalee Jaafar membatalkan rancangannya untuk mengikuti program Doktor Juris (Doktor Perundangan) kerana mengenangkan adik-adik yang ramai dan masih bersekolah.
Pada waktu itu, beliau baru tamat pengajian di Universiti Al-Azhar dalam bidang Syariah dan Undang-Undang, dan program Doktor Juris yang mahu diikutinya itu akan membawanya lebih dekat kepada impiannya untuk menjadi seorang peguam di Singapura.





