Peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘O’ di Singapura baru berakhir sementara peperiksaan GCE peringkat ‘A’ yang masih berlangsung akan berakhir dalam beberapa hari lagi.
Lumrahnya pelajar dan juga ibu bapa, berasa lega apabila peperiksaan selesai dan berharap dapat keputusan cemerlang yang akan menentukan langkah seterusnya – meneruskan pengajian di peringkat selanjutnya atau memasuki alam pekerjaan.





