Kerosakan yang dialami jet pejuang F-16 telah menyebabkan juruterbang pesawat Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Changi pada tengah hari Selasa.
Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dalam kenyataannya berkata, pesawat RSAF itu telah selamat mendarat di Landasan Tiga Lapangan Terbang Changi Singapura pada 12.05 tengah hari.





