Sedang Singapura berusaha menyediakan bantuan kepada Palestin, ia juga perlu berwaspada terhadap unsur-unsur yang boleh menggugat keselamatan dan perpaduan Singapura, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Menyatakan demikian dalam satu sesi dialog pada Jumaat mengenai keadaan di Gaza bersama sekitar 200 anggota masyarakat, Encik Masagos menggesa rakyat Singapura agar terus menyokong satu sama lain.





