KUALA LUMPUR: Sudah lebih enam dekad mengabdikan diri dalam dunia seni, penyanyi veteran kelahiran Singapura, Rahimah Rahim, 68 tahun, menyaksikan pelbagai ragam dan kerenah peminat, termasuk golongan fanatik yang terlalu taasub dengan bintang pujaan.
Namun, akui Rahimah yang popular dengan lagu, Gadis dan Bunga pada era 1980-an, ragam peminat ketika dirinya di puncak kegemilangan sehingga era 1990-an, dirasakan lebih ekstrem...





