GAZA/WASHINGTON: Israel telah bersetuju untuk menghentikan operasi ketenteraan di utara Gaza selama empat jam setiap hari bagi membolehkan orang ramai melarikan diri dari tempat pertempuran, umum Rumah Putih, yang menyebutnya sebagai satu langkah ke arah yang betul.
Jurucakap Majlis Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat, Encik John Kirby, berkata tempoh henti kemanusiaan pertama itu diumumkan pada Khamis, sambil menambah bahawa Israel terikat...





