Singapura dan Algeria sedang meneroka mewujudkan sebuah perundingan politik sebagai platform untuk mengukuhkan kerjasama dua hala, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.
Ini susulan perbincangan yang diadakan antara Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, bersama Setiausaha Agung Kementerian Ehwal Luar dan Masyarakat Luar Negara Algeria, Encik Lounes Magramane.





