Pemerintah kekal berwaspada terhadap situasi global yang boleh berubah biarpun inflasi semakin stabil, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat di Parlimen pada Selasa.
Memberi jaminan semasa membahaskan tentang kos sara hidup, Pemerintah katanya, sedia menghulurkan bantuan tambahan untuk membantu rakyat negara ini menangani kesan inflasi sedunia dan kos sara hidup yang semakin meningkat.





