Khidmat pemindahan wang di aplikasi digital dan perbankan Internet OCBC Bank pulih sekitar 2.30 petang pada Selasa, selepas terputus sekitar dua jam 30 minit.
Dalam satu catatan Facebook pada 2.45 petang, bank itu menyatakan: “Khidmat Perbankan Internet, Pemindahan Dana Aplikasi Digital OCBC dan PayNow kami telah disambung semula. Terima kasih atas kesabaran anda semasa gangguan ini. Kami memohon maaf atas...





