Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-263 (Khas) yang berlangsung di Istana Negara pada 27 Oktober lalu sebulat suara mengisytiharkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 bagi tempoh lima tahun seperti diamalkan selama ini.
Tanggal 30 Januari 2024 dipilih sebagai detik penting pemasyhuran Sultan Ibrahim sebagai Agong bagi menggantikan Sultan Abdullah Ahmad Shah, yang juga Sultan Pahang, yang bakal...





