WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, berkata pada Khamis bahawa beliau akan mendapatkan “langkah konkrit” daripada Israel untuk mengurangkan bahaya kepada orang awam di Gaza tatkala beliau berkunjung buat kali kedua ke Timur Tengah sejak serangan Hamas mencetuskan perang.
Presiden Amerika, Encik Joe Biden, pula berikar memberi sokongan penuh dan meningkatkan bantuan ketenteraan kepada Israel dalam serangan balasnya...





