Hala tuju baru pembinaan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura akan dibincangkan dengan Singapura, selepas Malaysia memuktamadkan permohonan maklumat (RFI) dan pembiayaan untuk projek berkenaan kelak.
Menteri Pengangkutan, Encik Anthony Loke Siew Fook, berkata walaupun perjanjian dengan Singapura mengenai projek itu telah ditamatkan dan Malaysia bebas menentukan hala tuju baru, perkembangannya akan dibincangkan dengan negara itu, jika projek...





