KUALA LUMPUR: Walaupun hampir 8,000 kandungan perjudian dalam talian telah diturunkan pada platform Meta sejak Januari 2023, Kementerian Komunikasi dan Digital masih memerlukan komitmen lebih teguh daripada penyedia perkhidmatan media sosial itu.
Menterinya, Encik Fahmi Fadzil, berkata Meta sebagai pengendali harus bertindak lebih pantas apabila menerima permintaan daripada pihak berkuasa, yang meminta untuk menghapuskan kandungan perjudian dalam talian.





