Pelakon Mimi Lana, 27 tahun, berkongsi keperitan putus cinta yang dipercayai susulan keretakan hubungan bersama pasangannya, pelakon Syafiq Kyle, 31 tahun, sehingga menyebabkan majlis pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada 18 Ogos lalu terpaksa dibatalkan.
Menerusi hantaran terkini di Instagram (IG), Mimi atau nama sebenarnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, memberi gambaran bahawa hatinya sedang mengalami luka yang mendalam, selain mengakui masih...





