WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, akan melancarkan sebuah strategi nasional baru untuk menentang Islamofobia, di tengah-tengah kritikan rakyat Muslim Amerika mengenai sokongan pentadbirannya bagi kempen Israel terhadap Hamas, yang mengakibatkan ribuan orang awam maut di Jaluran Gaza.
Jurucakap Rumah Putih, Cik Karine Jean-Pierre, berkata strategi itu akan dibangunkan melalui kerjasama rapat dengan masyarakat Islam tempatan.





