Palang Merah Singapura (SRC) telah mengerah kakitangannya ke Kahirah, Mesir, untuk mempergiat usaha menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa krisis di Gaza.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, SRC berkata ia bekerjasama rapat dengan Persatuan Sabit Merah Mesir (ERC) yang menyelaras bantuan kemanusiaan ke Gaza menerusi sempadan Rafah.





