Pengasas badan amal setempat, Free Food for All (FFFA), Encik Nizar Mohd Shariff, telah meninggal dunia pada Selasa, sekitar 9.20 pagi di Hospital Besar Changi (CGH).
Allahyarham Nizar, 53 tahun, pernah diiktiraf sebagai ‘Individu Paling Berpengaruh Asia’ (Asia’s Most Influential) pada 2020 oleh Tatler Asia disebabkan kerja kebajikan dan sifat kedermawanannya membantu golongan kurang bernasib baik.





