KOTA BHARU: Amalan mengaji al-Quran setiap hari walaupun hanya sedikit menjadi rahsia seorang hafizah meraih Anugerah Kecemerlangan Al-Fateh pada Istiadat Konvokesyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) pada Ahad.
Lebih membanggakan graduan itu, Cik Izzah Zulkifli, 22 tahun, menamatkan pengajian Diploma Syariah di Fakulti Pengajian Islam Kontemporari KIAS dengan pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.77 selain menerima...





