Seekor ular sawa kelihatan bersembunyi di bahagian enjin kereta yang terletak di sebuah tempat letak kereta awam di estet perumahan yang tidak diketahui lokasinya.
Dalam video di TikTok oleh seorang pelalu-lalang @sebastianraj07, ular sawa yang yang terperangkap dalam ruang enjin itu nampaknya telah menarik perhatian ramai orang yang lalu lalang dan juga warga net.





