Singapura tidak mengambil ringan sebarang campur tangan asing dalam urusan politik tempatan dan mengharapkan duta atau kedutaan pihak luar menghormati cara Singapura.
Demikian dinyatakan Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, semasa menjawap pertanyaan media pada Ahad menyusuli pos Instagram yang dimuat naik Kedutaan Israel di sini.





