BAITULMAKDIS: Tentera Israel melancarkan operasi darat terhadap Hamas di Gaza pada Ahad dalam apa yang disebut Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, sebagai “fasa kedua” perang tiga minggu yang bertujuan untuk menumpaskan kumpulan militan di Palestin itu.
Penduduk Gaza yang dikepung berdepan dengan situasi di mana hampir keseluruhan komunikasi dan Internet terputus ketika pesawat perang Israel menggugurkan bom dan tentera...





