Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri Rahat Pemimpin Singapura-Malaysia dalam lawatannya ke Singapura dari 29 hingga 30 Oktober atas undangan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.
Rahat Pemimpin tahunan itu merupakan wadah utama bagi kedua-dua perdana menteri membincangkan isu-isu dua hala dan meneroka bidang kerjasama baru, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Ahad.





