Dalam usaha menambah bilangan bahan bacaan bahasa Melayu bagi golongan remaja, geran khusus telah diperkenal bagi menggalak karyawan dan penulis menghasilkan karya bermutu dan menarik berdasarkan konteks Singapura.
Geran tersebut merangkumi dana untuk membiayai kos penerbitan, pencetakan dan penghantaran buku ke sekolah-sekolah, dan nilai geran akan ditentukan berdasarkan keperluan karya yang terpilih, menurut Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu...





