Usaha menentukan hala tuju masa depan serta mencipta huraian yang diperlukan Singapura perlu melibatkan seluruh masyarakat dan bukan sesuatu yang ditentukan pemerintah, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.
“Ini lebih daripada sekadar melibatkan (masyarakat). Ia benar-benar merupakan kerjasama. Kerjasama ini adalah antara pemerintah, orang ramai, kumpulan masyarakat, majikan dan perniagaan. Ia merangkumi kerjasama tiga pihak, tetapi ia sebenarnya kerjasama...





