KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mengingatkan kerajaan supaya mengambil langkah ke hadapan dalam mendepani potensi kesan buruk terhadap rantau Asean, susulan konflik Israel-Palestin yang semakin melebar.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Sembrong berkata aspek kelengkapan dan risikan negara perlu diperketat, malah Malaysia juga perlu memantau rapi perkembangan perang Israel-Palestin sebagai persediaan kepada pelbagai kemungkinan.





