Keluhan yang diluahkan kaum Hawa hampir setiap bulan kerana kedatangan haid memang sering didengar. Belum lagi sakit yang dialami sewaktu mengandung, dan tentu saja kesakitan melahirkan tidak terkata, menurut setiap wanita yang telah melaluinya sendiri.
Secara semula jadi, memang inilah fungsi dan keistimewaan wanita. Namun tentu ada dalam kalangan kaum Adam yang ingin tahu, dan mahu mengalaminya sendiri.





