Berpuluh-puluh negeri di Amerika Syarikat menyaman Meta Platforms dan unit Instagramnya, menuduh mereka mencetuskan krisis kesihatan mental dalam kalangan golongan remaja dengan menjadikan mereka ketagih kepada wadah media sosial itu.
Aduan yang difailkan pada Selasa oleh peguam negara di 33 negeri termasuk California dan New York, berkata Meta, yang juga mengendalikan Facebook, berulang kali mengelirukan orang ramai tentang bahaya platformnya...





