NEW YORK: Penularan imej pornografi dera seksual kanak-kanak boleh menjadi lebih teruk, jika sesuatu tidak dilakukan untuk meletakkan kawalan ke atas teknologi kecerdasan buatan generatif (GenAI), yang berupaya menghasilkan gambar palsu, menurut sebuah badan pemerhati Internet.
Dalam laporan bertulis, Internet Watch Foundation (IWF) yang berpangkalan di United Kingdom (UK), menggesa kerajaan dan penyedia teknologi supaya bertindak segera sebelum imej penderaan...





