Mulai 2024, kakitangan di estet perindustrian JTC boleh membayar dan menerima makanan mereka melalui robot penghantaran makanan berautonomi, sebagai sebahagian daripada perkhidmatan runcit pintar yang pertama seumpamanya.
Dinamakan ‘Kopi’, perkhidmatan robot penghantaran makanan itu bertujuan meningkatkan kemudahan kakitangan JTC supaya mereka tidak perlu berjalan ke kantin untuk mendapatkan makanan mereka.





