RAFAH: Kebimbangan perang Israel-Palestin boleh merebak menjadi konflik Timur Tengah yang lebih luas meningkat pada Ahad apabila Washington memberi amaran tentang risiko besar kepada kepentingan Amerika Syarikat di rantau itu apabila Israel menggempur Gaza dan pertempuran di sempadannya dengan Lebanon semakin sengit.
Kementerian Kesihatan Gaza berkata 266 rakyat Palestin, termasuk 117 kanak-kanak, terbunuh ekoran serangan udara Israel dalam tempoh 24...





