Warga Singapura, tanpa mengira bangsa dan agama boleh membantu dalam konflik di Gaza dengan terus mengumpul dana bagi semua yang terjejas di sana, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Berucap selepas menghadiri solat hajat di Masjid Sultan Jumaat malam lalu, beliau berkata masyarakat Melayu/Islam telah mendoakan untuk keamanan di beberapa masjid...





