Debaran penonton program realiti All Stars Gegar Vaganza kian memuncak apabila masuk konsert minggu kelima dengan tema ‘Misteri’ pada Ahad malam.
Selepas penyingkiran bintang legenda dan pelantun lagu Janji Manismu, Datuk Wan Aishah Wan Ariffin, pada konsert minggu keempat Ahad lalu yang penuh dengan kontroversi dek reaksi yang beliau beri, tanda tanya bermain di fikiran peminat tegar rancangan Astro Ria...





