Wajah ceria kanak-kanak yang sudah biasa melihat pelancong berkunjung ke Sapa, sebuah kota di Pergunungan Hoang Lien Son di barat laut Vietnam menyambut kedatangan saya dan isteri. Betapa comelnya mereka sehingga senyuman terukir di bibir kami dalam kembara beberapa tahun lalu.
Kami juga lihat kegigihan warga senja di Sapa, mencari rezeki demi penakatan dalam keadaan ekonomi yang terus mencabar. Ada...





