WASHINGTON: Amerika Syarikat masih mengusahakan butiran perjanjian dengan Israel dan Mesir pada Khamis untuk menyalurkan bantuan ke Jaluran Gaza di Palestin ketika Mesir giat membaiki jalan raya yang rosak sebelum lintasan Rafah dijangka dibuka semula tidak lama lagi.
Rafah adalah satu-satunya lintasan keluar dari Gaza yang tidak dikawal oleh Israel tetapi telah ditutup hampir dua minggu sejak Hamas menyerang Israel...





