Para pemimpin Singapura pada Rabu telah mengirimkan surat kepada rakan sejawatan mereka di Palestin untuk menyampaikan ucap takziah atas kehilangan nyawa besar-besaran rakyat yang tidak bersalah di Jaluran Gaza.
Presiden Tharman Shanmugaratnam telah menyampaikan ucapan takziah kepada Presiden Penguasa Palestin, Dr Mahmoud Abbas, dengan melahirkan rasa simpatinya terhadap mereka yang cedera dan keluarga yang berduka menyusuli situasi kemanusiaan yang teruk...





