Baru-baru ini saya telah didatangi oleh seorang pelajar yang berasa sangat tertekan kerana peperiksaan yang bakal menjelang. Dia takut ditimpa kegagalan. Bahkan ketakutan itu menyebabkan dirinya sukar berfikir secara jelas, apatah lagi menghargai ilmu yang disampaikan di sekolah.
Fenomena ini bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan pelajar. Bahkan, dalam kalangan orang dewasa yang berkerjaya pun terdapat ketakutan dalam menghadapi ‘peperiksaan’...





