Bagi memperkukuh usaha pertahanan siber Singapura, Agensi Keselamatan Siber (CSA) akan bekerjasama dengan Microsoft dan Google.
Dalam ucaptamanya semasa merasmikan acara Minggu Siber Antarabangsa Singapura di Ekspo dan Pusat Konvensyen Marina Bay Sands pada Selasa, Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, mengumumkan bahawa CSA sedang menandatangani persetujuan berasingan dengan dua syarikat teknologi tersebut.





