IPOH: Luluh hati seorang nenek apabila menemukan cucunya yang berusia enam tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam mesin basuh pakaian di sebuah rumah, sebelum disahkan meninggal dunia, pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Penolong Pesuruhjaya Yahaya Hassan, berkata laporan mengenai kematian kanak-kanak lelaki itu diterima jam 11.44 pagi daripada pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas dibawa dari rumahnya...





