PETALING JAYA: Sering menjadi mangsa kecaman kononnya menagih kasih daripada lelaki berstatus suami orang, pelakon sensasi Sophia Albarakbah ingin mengelak daripada terus bergandingan dengan golongan sebegitu dalam drama mahupun filem.
Sophia, 30 tahun, bimbang selepas kerap dijadikan bahan kontroversi lebih-lebih lagi gosip bersama suami orang termasuk kecaman yang tiada hujung pangkal.





