KUALA LUMPUR: Calon Presiden Indonesia, Encik Anies Baswedan, berazam melindungi kebajikan golongan pekerja warganya di luar negara, yang diakui sumbangannya kepada pertumbuhan ekonomi di tanah air mereka.
Menurut mantan gabenor Jakarta itu, beliau secara peribadi mengambil berat permasalahan rakyatnya yang merantau demi mencari rezeki, sambil berkata “masih banyak yang harus dilakukan”.





