ALOR SETAR (Kedah): Kelicikan sebuah kilang beras menyorok 180 tan beras putih tempatan (BPT), yang dipercayai bertujuan mengaut keuntungan mudah ketika harga beras putih import (BPI) melonjak, berjaya dipatahkan pihak berkuasa.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Encik Chan Foong Hin, berkata kilang beras berkenaan disita pada Selasa selepas pasukan petugas khas Ops BPT menemui bekalan beras dalam gudang simpanan...





