Seorang wanita berusia 68 tahun kehilangan lebih $72,500 daripada akaun bank POSB miliknya dalam masa hanya 15 minit, selepas memuat turun satu aplikasi untuk jual perkakas dapur terpakai.
Aplikasi pihak ketiga yang dimuat turun itu adalah perisian hasad, yang membolehkan penipu mengawal telefon bimbit Androidnya dan mengeluarkan wang daripada akaun simpanannya.





