MANCHESTER: Pep Guardiola berkata beliau tahu apa berlaku tetapi tidak akan mendedahkannya secara terperinci, selepas Kyle Walker dan Erling Haaland terlibat dalam perbalahan dengan anggota kakitangan Arsenal selepas mereka kalah 1-0 kepada The Gunners.
Selepas wisel penamat ditiupkan di Stadium Emirates, Walker dan Haaland bersemuka dengan anggota jurulatih Arsenal, Nicolas Jover, yang sebelum ini bekerja bersama City.





