Di kala senja melabuhkan tirai, penjual Rokok Tidak Dibayar Duti (DUC) mula timbul dekat beberapa dormitori pekerja.
Walaupun salah di sisi undang-undang, penjual sedemikian nekad menjual rokok haram itu kepada pelanggan, yang rata-rata terdiri daripada pekerja migran yang menetap di dormitori berhampiran.





